1000 Pantun Puitis
Author: Ahmad Kamal Abdullah, W.W. Kemala (Nama pena)
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789673442065
Page: 293 m/s
Year: 2011
Price: RM120
Pantun Melayu mempunyai keajaiban tersendiri. Bukan sahaja indah susun bahasanya, tetapi sarat dengan teladan kehidupan melangkaui ruang, waktu dan zaman yang berpaksikan ajaran Islam. Pantun bukan sahaja menyatakan keindahan penyusunan kata, malahan pantun menyatakan manifestasi minda masyarakat. Penerbitan buku Seribu Pantun Puitis (Mencari Diri Mencari Erti) ini merupakan usaha murni untuk melestarikan pantun dalam keragaman budaya Melayu. Usaha ini akan meningkatkan penghayatan orang ramai terutama generasi muda terhadap pantun. Karya seperti ini akan mendorong kita terus memelihara warisan budaya yang tidak ternilai harganya.