4 Qul Dalam Budaya Melayu

RM40.00
9789834939991
2 item(s)
+

4 Qul Dalam Budaya Melayu

Author: Syed Shahriman Syed Ali
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834939991
Weight: 
Pages: 164
Year: 2023
Price: RM40

Buku ini mengandungi tafsiran ayat yang terdapat dalam Surah 4 Qul. Surah 4 Qul terdiri daripada Surah al-Kafirun, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas. Secara umumnya, buku ini membincangkan pengertian dan penggunaan surah, latar belakang surah, inti sari dan pengajaran surah, tip dan amalan harian setiap Surah 4 Qul.

Dalam membincangkan keempat-empat surah itu, ditekankan penggunaan Surah 4 Qul dalam amalan tradisi Melayu. Kemudian, diperincikan pentafsiran setiap surah. Surah al-Kafirun memberikan tumpuan pada asas akidah, ibadat dan ikhlas, yang membawa kepada perbincangan fahaman pluralisme agama. Sementara pentafsiran Surah al-Ikhlas memberikan penekanan ketauhidan kepada Allah SWT dengan menjawab konsep ketuhanan yang difahami oleh penganut Kristian. Surah al-Falaq pula menekankan persoalan sihir dan khurafat. Seterusnya, tafsiran Surah al-Nas memuatkan perbincangan penyakit waswas dan rawatan alternatif berdasarkan ajaran Islam. Penulis memberikan motivasi agar mengamalkan Surah 4 Qul dalam kehidupan seorang Muslim dengan cara yang betul, serta berwaspada dengan perubatan yang menyeleweng dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Penulisan ini menjawab persoalan yang berlaku dalam masyarakat dengan menggunakan pendekatan al-Quran dan sunnah, serta pendapat ulama klasik dan ulama semasa. Buku yang memuatkan penulisan yang mudah dan santai, serta dekat dengan persoalan kehidupan masyarakat Islam di negara ini sangat menarik untuk dibaca dan dimiliki.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI