Adab yang Hilang & Pengenalan Kitab Adabul Insan
Author: Baharudin Ali Masrom Al-Haj, Rsid Muhamad
Publisher: Pesatuan Kebjikan Orang Kurang Upaya (OKU) Madani Selangor (OKUMY Resources)
Pages: 212
Weight: 300 gsm
Year: 2024
Price: RM50
Konsep adab dan ta'dib pertama kali digagaskan oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Atas dalam bukunya The Concept of Education in Islam; A Framework for an Islamic Philosophy of Education (1977).
Adab ialah perlakuan yang betul dan benar kepada subjek tertentu, mengikut susunan hierarki yang betul dan benar, pada masa dan tempat yang betul dan benar pula. Sebab itulah Islam mengajarkan adab manusia (hamba) kepada Tuhannya, adab sesama insan, dan adab kepada makhluk lain (alam sekitar dan haiwan).
Menurut al-Attas, fenomena kehilangan adab (loss of adab) adalah akar kepada masalah umat Islam kini. Bagi beliau, hilangnya adab menyebabkan perilaku manusia menyimpang dan keluar daripada fitrah kemanusiaan. Hal ini yang menyebabkan munculnya pelbagai masalah seperti kemiskinan, pengangguran, kejahatan, jenayah, rasuah, bencana alam dan pelbagai kerosakan yang lain.