Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

RM18.00
9789834615642
2 item(s)
+

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Authors: Panel Penulis
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834615642
Tahun: 2025
Weight: gsm 
Pages: 178 pp 
Price: RM18.00

Buku Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah menghimpunkan enam suku di Sabah yang meliputi adat dan pantang larang kelahiran, perkahwinan dan kematian suku Bajau Sama, Kadazandusun, Iranun, Rungus, Bisaya dan Bonggi.

Adat resam dan pantang larang merupakan tradisi warisan dan kepercayaan yang menjadi amalan masyarakat.

Malah adat resam dan pantang larang ini turut memberikan citra kepada sesuatu suku dan bangsa. Namun begitu, amalan mengekalkan adat resam dan pantang larang semakin berkurangan, khususnya dalam kalangan generasi muda disebabkan oleh proses pemodenan, agama dan ilmu. 

Atas kesedaran ini, buku ini diterbitkan sebagai wacana yang mendokumentasikan hal yang berkaitan dengan adat resam dan pantang larang suku di Sabah. Pembaca akan memperoleh maklumat tentang keunikan adat resam dan pantang larang suku di Sabah yang amalannya kian longgar.

Namun begitu, usaha melestarikannya masih tegar dalam kalangan generasi lama.

Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan oleh pelajar, pensyarah, penyelidik, pembuat dasar, pegawai kerajaan dan masyarakat umum untuk memahami kepelbagaian budaya ke arah keharmonian perpaduan kaum.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI