Ahli Majlis Dan Kerajaan Tempatan
Author/Penyelenggara: Kamarudin Ngah, Jamaludin Mustaffa
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834609399
Weight: 3000g
Pages: 217
Year: 2014
Price: RM25
Buku ini membincangkan pengenalan dan konsep asas ahli majlis, fungsi dan peranan pihak berkuasa tempatan, pembangunan bandar di Malaysia, tanggungjawab dan peranan ahli majlis serta dasar-dasar utama nasional yang berkaitan kerajaan tempatan. Buku ini boleh dijadikan panduan dan bimbingan kepada ahli majlis yang dilantik di bawah pihak berkuasa tempatan, sama ada pada peringkat Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran serta Majlis Daerah. Di samping itu, buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pentadbir kerajaan tempatan, ahli politik, pemimpin masyarakat, pensyarah dan pelajar universiti, khususnya dalam bidang pembangunan dan perancangan bandar, pentadbiran awam, pengurusan dan undang-undang. Dengan adanya buku ini, ahli dalam komuniti kerajaan tempatan dapat memahami dengan jelas tanggungjawab yang dipikul dan dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna.