Air Kelapa Tua: Potensi Kesihatan, Selulosa Bakteria dan Kapsul Ubat

RM25.00
978-967-251-395-7
5 item(s)
+

Air Kelapa Tua: Potensi Kesihatan, Selulosa Bakteria dan Kapsul Ubat

Author: Norliza Abd Rahman, Nur Syafiqah Kamarudin & Mohd Sahid Khalil
Publisher: UKM Press
ISBN: 978-967-251-395-7
Weight: 
Pages: 98
Year: 2021
Price: RM25

Bagaimana dengan air kelapa tua? Adakah ianya berguna? Buku ini akan menghuraikan mengenai fermentasi air kelapa tua dan menghasilkan Selulosa Bakteria (SB) dengan kos yang efektif. Kegunaan SB menjadi lebih meluas di sebabkan oleh keserasian bio, kehidro_likan dan kekiralannya. Ia boleh digunakan di dalam pelbagai industri seperti kertas, perubatan, makanan dan juga tekstil. Buku ini menggunakan air kelapa tua daripada industri pemprosesan santan sebagai media fermentasi untuk mengurangkan kos. Industri ini secara purata menghasilkan sebanyak 5.3 m_ sisa air kelapa tua setiap hari. Ini menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran air di sungai juga di sekitar kawasan industri pemperosesan santan. Fokus utama buku ini ialah menganalisa kandungan nutrient di dalam air kelapa tua, prestasi SB daripada air kelapa tua oleh Acetobacter xylinum 0416, perbandingan kapsul keras dari SB dan jenama komersil dan merekabentuk loji dengan kos efektif menggunakan perisian Superpro Designer®. Prestasi SB yang diperolehi adalah sebanyak 2.28 g pada suhu 32°C, pH 4 dan masa fermentasi selama 7 hari. Tambahan lagi, SB di uji dengan menggunakan perisian Superpro Designer® bagi tujuan pemilihan peralatan dan kaedah penghasilan SB pada skala industri. Terdapat empat proses alternatif yang telah dipilih dan di simulasi dengan menggunakan perisian Superpro Designer®. Secara keseluruhannya, hasil kajian dengan mengunakan air kelapa tua berpotensi mengurangkan harga kos medium serta dapat menghasilkan selulosa bakteria pada kos yang efektif..


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI