​Akal Budi Melayu Dalam Pantun & Sajak (cet. 2)

RM40.00
9789679429985
2 item(s)
+

Akal Budi Melayu Dalam Pantun & Sajak (cet. 2)

Author/Editor: Aminudin Mansor

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679429985

Weight: 300g

Pages: 274

Year:

Price: RM40


Kesusasteraan yang menjadi nadi kepada tamadun bangsa mestilah boleh menyumbang ke arah pembinaan budaya yang besar. Ciri-ciri kesusasteraan mestilah memperlihatkan wawasan yang jelas dan benar mempertahankan kehalusan kesenimanan, mengadunkan pandangan alamnya dan garapan seni yang tinggi, beranalisis dalam penerokaan setiap aspek keinsanannya, boleh menghayati pergolakan jiwa dan emosi watak-watak yang ditonjolkan dan berketerampilan dalam penggunaan gaya bahasa sasteranya. Oleh sebab itu, mengkaji akal budi Melayu adalah suatu usaha yang mengasyik dan menyeronokkan. Pembentukan bangsa yang bertamadun bermula daripada akal budi. Justeru, penulisan tentang akal budi ini seharusnya dilakukan dari semasa ke semasa serta pemurnian dilakukan pada peringkat sekolah lagi melalui pendidikan. Falsafah pemikiran akal budi dalam kalangan pelajar dapat dilihat melalui pantun dan sajak yang merupakan asas kepada usaha meningkatkan kekuatan rohani, intelek, emosi sendiri, mengehadkan perkembangan emosi negatif dan mengendalikan hubungan dengan orang lain. Kesusasteraan menjadi nadi kepada tamadun bangsa yang seharusnya dididik, dipelajari dan dimanfaatkan dalam kehidupan yang penuh mencabar dalam era globalisasi ini. Konsep akal budi yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) jelas berupaya meningkatkan keupayaan pemikiran dalam kalangan pelajar melalui kemahiran berbahasa serta melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis, meningkatkan kekuatan rohani, intelek, emosi dan jasmani. Pelajar juga dapat menguruskan emosi sendiri yang menjadi benteng kepada segala ancaman gejala negatif yang juga menjadi ancaman dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang. Justeru, pendidikan dan pelajaran kesusasteraan sangat penting dalam membina akal budi masyarakat di negara ini.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI