Akhlak Dan Safi Dalam Keusahawanan Islam

RM35.00
9786294861170
1 item(s)
+

Akhlak Dan Safi Dalam Keusahawanan Islam 

Author: Suhaila Nadzri, Salmy Edawati Yaacob, Muhammad Sabri Haron & Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861170
Weight: 0.33kg
Pages: 218pp
Year: 2023
Price: RM35

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam melahirkan usahawan-usahawan Muslim yang beramanah, berintegriti dalam menjalankan perniagaan yang mengikut landasan syariah Islam. Meneladani keperibadian Nabi Muhammad SAW adalah kewajipan bagi umat Islam yang ingin mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Justeru, buku Akhlak dan SAFT dalam Keusahawanan Islam ini ditulis bertujuan untuk mengetengahkan kepada pembaca elemen-elemen akhlak menerusi sifat siddiq, amanah, fatanah dan tabligh (SAFT) dalam konteks keusahawanan Islam yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca terutamanya usahawan-usahawan Muslim untuk beramal dengan sifat ini. Penulisan buku ini juga sejajar dengan sejarah Islam yang menunjukkan Rasulullah SAW adalah lambang usahawan berjaya dan kejayaan Baginda SAW adalah disebabkan empat sifat asas yang dimiliki Baginda ini.

SUHAILA NADZRI, PhD, adalah Pensyarah dan Ketua Jabatan Ekonomi dan Pengurusan di Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS). Beliau berkepakaran dalam bidang pengurusan dan keusahawanan. SALMY EDAWATY YAACOB, PhD, adalah Profesor Madya di Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang mata wang Islam, keusahawanan, muamalah, koperasi, kewangan dan ekonomi Islam. MOHAMAD SABRI HARON, PhD, adalah Felo Kanan Institut Islam Hadhari dan Profesor Madya di Pusat Citra, UKM. Kini beliau berkhidmat sebagai Mufti Terengganu ke-18 yang telah dilantik pada 1 April 2021. Beliau berkepakaran dalam bidang al-Quran dan hadis, undang-undang, tamadun dan ekonomi Islam. NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD DALI, PhD, adalah Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau banyak menulis artikel-artikel jurnal, buku, dan bab dalam buku berkaitan bidang kewangan, pelaburan, keusahawanan dan ekonomi. Beliau berkepakaran dalam bidang kewangan, pelaburan dan ekonomi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI