Akta Pengambilan Tanah 1960: Suatu Huraian dan Kritikan
Author: Helmi Hussain
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679424263
Weight:
Pages: 369pp
Year: 1999
Price: RM30
Undang-undang tanah, seperti halnya dengan undang-undang lain agak rumit untuk difahami kerana masalah bahasa dan tafsiran, selain perkaitannya dengan pelbagai peraturan birokrasi pentadbir tanah di peringkat negeri atau daerah. Setiap daripada kita, sama ada orang awam atau Pentadbir Tanah mesti sama-sama mahir dan faham keperluan peruntukan undang-undang apabila berurusan dengan sesuatu lot tanah. Sungguhpun Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan dengan jelas bahawa semua Rang Undang-undang, Akta, Enakmen dan Ordinan hendaklah dikemukakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris, tetapi, pada kebiasaannya, ditetapkan sebaliknya. Pada amalannya, undang-undang yang diterima pakai adalah yang dibentangkan dalam bahasa Inggeris. Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) atau Akta Pemeliharaan Tanah - semuanya termaktub dalam bahasa Inggeris. Sedangkan, orang awam, terutama di desa-desa dan pedalaman adalah generasi yang tidak mahir dengan bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, menurut pengarang, buku ini hadir dengan hasrat memberi tafsiran dan huraian dalam bahasa yang mudah - agar dapat menjadi pengantar di antara pemilik tanah di hujung negeri dengan pentadbir Tanah di bandar.