Aku Mahu Ke Seberang: Suara Hashim Yaacob
Author: Zahari Affandi
Translator:
Publisher: ITBM
ISBN: 9789674605759
Year: 2017
Weight: 0.300 kg
Price: RM35
Seorang anak desa yang dibelit kemiskinan keluarga. Budu
dengan ikan tawar bakar menjadi juadah harian. Kadang-kadang belalang kunyit di
baruh menjadi lauk untuk dinikmati sekeluarga. Ayahnya, seorang lelaki Melayu
kampung tetapi punya rasa cinta akan watan yang menggunung tinggi dan tidak
mahu anak lelakinya ini mewarisi kemiskinan keluarga. Lalu, pelajaran dan
pendidikan menjadi keutamaannya dalam membesarkan anak-anak.
Memoir ini berkisah tentang orang Melayu di kampung, yang
tersisih oleh dasar Pecah dan Perintah penjarah rakus yang tidak peduli akan
nasib anak peribumi. Lalu, hanya dengan ilmu anak-anak peribumi ini dapat
membela bangsa sendiri.
Memoir ini boleh dijadikan inspirasi anak bangsa dalam menongkah arus kehidupan. Onak duri di sepanjang jalan bukanlah penghalang untuk mara sehingga ke hujung. Kecekalan, ketabahan, kesabaran, dan reda dengan apa-apa yang diberikan Maha Berkuasa menjadi kunci menggapai kejayaan. Ini kisah tentang seorang professor, seorang paka pergigian bertaraf dunia, seorang pentadbir, seorang tok dalang, seorang penulis, dan seorang pelukis. Ini memoir tentang Dato' Professor Emiritus Dr. Hashim Yaacob, intan berkilau yang berasal dari tanah kampung yang berlumpur.