Al-Hakim Al-Naisaburi & Metodologi Penulisan Hadis Al-Mustadrak 'Ala Al-Sahihain
Author: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789675295430
Pages: 180pp
Year: 2010
Weight: 0.306kg
Price: RM 35
Al-mustadrak 'ala al-sahihain karangan al-hakim al-naisaburi (m. 405h) merupakan antara karya warisan nabawi terpenting dalam sejarah islam. Kepentingannya dapat dilihat menerusi iltizam pengarangnya untuk memuatkan hadis-hadis yang sahih sahaja di dalamnya, terutamanya yang menepati kriteria penerimaan al-bukhari dan muslim, atau salah seorang daripada mereka. walau bagaimanapun, harapan ini tidak direalisasikan oleh al-hakim secara konsisten seperti yang dijanjikan. ini mengakibatkan kewujudan sejumlah hadis yang tidak menepati syarat hadis sahih, apalagi syarat penerimaan al-bukhari dan muslim. perkara ini jiga mengundang pelbagai kritikan bukan sahaja terhadap al-mustadrak, bahkan melibatkan keperibadian dan kredibiliti al-hakim salaku pengarangnya.
Justeru, buku ini bertujuan mengupas pelbagai isu berkaitan konsepsi dan metodologi al-hakim dalam peneimaan hadis dan sejauh manakah ia diaplikasikan dalam penulisan al-mustadrak. di samping itu, perbincangan mengenai biodata dan kerdibiliti al-hakim turut dimuatkan selain penilaian sampel beberapa hadis terpilih yang terdapat dalamnya. ini bukan sahaja dapat memberikan satu gambaran yang komprehensif mengenai al-hakim dan karyanya ini, bahkan dapat membuka jalan ke arah memahami dan memanfaatkannya sebagaimana layaknya.