​Al-Simt al-Majid dalam Masyarakat Melayu

RM30.00
9789674121778
1 item(s)
+

Al-Simt al-Majid dalam Masyarakat Melayu

Editor: Salmah Ahmad & Mohd Syukri Yeoh Abdullah

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674121778

Weight: 0.150 kg

Pages: 140 pp

Price: RM30

al-Simt al-Majid adalah kitab yang masih berbentuk asal, belum dicetak, karya Shaykh Ahmad al-Qushashi, salah seorang ulama Haramayn dari abad ke-17 Masihi. Manuskrip ini adalah kitab yang menyentuh disiplin ilmu tarekat rohani yang meliputi pelbagai bidang, seperti tafsir, hadith, akidah, syariat, akhlak, tasawuf dan lain-lain. Sungguhpun Shaykh Ahmad Qushashi belum pernah ke Alam Melayu, namun pemikiran karyanya mewarnai masyarakat Alam Melayu melalui murid-muridnya, Shaykh Abdul Rauf Singkel dan Shaykh Yusuf al-Makasari. Pengarah ini juga tersebar melalui tautan sanadnya dnegan para ulama Melayu lain, seperti Shaykh Daud al-Fatani, Shaykh Ahmad al-Fatani dan Tok Pulau Manis. Dari sini, Shaykh Ahmad al-Qushashi berjaya mewarnai alam fikiran dam membentuk jati diri masyarakat Alam Melayu semenjak itu sampai ke dewasa ini. Buku ini terdiri sejumlah makalah, dari kumpulan penyelidikan GUP-TKS-09-07-293 dan COE ATMA 10-42-01-005- UKM yang berusaha memperlihat pengaruh al-Simt al-Majid dalam masyarakat Alam Melayu dari pelbagai pendekatan ilmu, seperti sejarah, bahasa, pemikiran, budaya dan ilmu hadith Rasulullah SAW dan lain-lain.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI