Al-Zinah Mengikut Makkiyah Dan Madaniyah

RM30.00
9789672517092
5 item(s)
+

Al-Zinah Mengikut Makkiyah Dan Madaniyah

Author: Ahmad Fakhurrazi Mohammed Zabidi, Zakaria Abdullah & Muhd Najib Abdul Kadir
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672517092
Weight: 0.233 kg
Pages: 148pp
Year: 2022
Price: RM30

Penurunan al-Quran berlaku dalam tempoh 23 tahun dibahagikan kepada dua fasa, iaitu sebelum dan selepas hijrah yang seterusnya menjadi kayu ukur penentuan kategori surah Makkiyah dan surah Madaniyah. Pembahagian ini membentuk suatu konsep bimbingan secara terperinci supaya umat dapat mengenal Allah SWT Yang Maha Indah. Dalam pada itu, fitrah penciptaan manusia juga adalah cenderung dengan segala bentuk perhiasan yang indah. Perhiasan atau 'al-zinah telah ditampilkan dalam al-Quran dalam pelbagai bentuk meliputi kata nama (ism), kata kerja (fi'il) dan lain-lain. Ini membuatkan konteks dan makna yang dibawakan juga adalah pelbagai, lebih-lebih lagi apabila pembahasan al-zinah ini diteliti berdasarkan kepada tertib nuzul surah al-Quran dalam kedua-dua kategorinya, iaitu Makkiyah dan Madaniyah. Kedua-duanya membawa tema yang tersendiri yang perlu diambil kira dalam proses tadabbur al-Quran sehingga mencapai sebuah Lataif Quraniyah yakni merasai keterhubungan dengan All ah, sebagai natijah kepada pengamatan terhadap kalam-Nya. Pembahasan al-zinah terdapat dalam 28 surah, iaitu 17 surah Makkiyah dan 11 surah Madaniyah dengan pengulangan dalam 46 ayat dengan pecahan 31 ayat daripada surah Makkiyah dan 15 ayat daripada surah Madaniyah. Semuanya membawa perspektif dan pengertian tersendiri yang Imenarik untuk diketahui oleh para pembaca. la menjurus kepada membawa kedalaman perkenalan dengan Allah SWT yakni Makrifatullah seraya meningkatkan motivasi kerohanian untuk lebih memperindahkan keimanan, lantas membina akal dan budi yang sejahtera.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI