Al–Arqam Dan Ajaran Aurad Muhammadiah: Satu Penilaian
Author: Farahwahida Mohd Yusof
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835204272
Weight: 200g
Pages:
Year: 2007
Price: 33.00
Buku ini membincangkan secara tuntas sejarah penubuhan dan perkembangan al-Arqam serta doktrin ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan ini. Sepanjang kepimpinan Asaari sebagai Sheikhul Arqam (1968-1994), pelbagai kontroversi timbul hingga membawa pengharaman al-Arqam pada tahun 1994. Tidak berhenti setakat itu, pengharaman ini sekali gus menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat tentang apa itu Aurad Muhammadiah dan adakah doktrin ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Selain itu, buku ini turut membincangkan perkara-perkara kontroversi yang diamalkan oleh al-Arqam seperti poligami dan Majlis Yaqazah serta dakwaan-dakwaan terkini oleh Asaari Mohammad.