Amalan dalam Pengajaran & Pembelajaran Sains, Matematik & Pembelajaran Berasaskan ICT
Author: Aida Suraya Md.Yunus,Ahmad Fauzi Mohd.Ayub,Othman Talib
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789673440405
Page: 189 m/s
Year: 2009
Price: RM38
Amalan dalam Pengajaran & Pembelajaran Sains, Matematik & Pembelajaran Berasaskan ICT ini sesuai dijadikan rujukan bagi para akademik, pendidik, bakal guru, penyelidik dan individu yang ingin memahami degan lebih mendalam isu berkaitan Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seta Pendidikan Sains dan Pendidikan Matematik.
Sejak Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang Kementerian Pelajaran) memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989, banyak aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang masih memerlukan kajian dan penjelasan tentang bagaimana aspirasi pelaksanaan kurikulum tersebut dapat dicapai. Adakalanya, teori dan pendekatan yang disarankan dalam KBSR dan KBSM tidak dapat dihayati sepenuhnya oleh pelaksana kurikulum, khususnya guru.
Diharap buku ini dapat menambah pengetahuan dan pemahaman guru mahupun para penyelidik dalam beberapa isu kritikal dalam pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains dan Matematik di sekolah. Buku ini juga sesuai bagi pendidik yang tercari-cari cara berkesan dan menarik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran. Kefahaman ini sangat penting memandangkan penekanan khusus terhadap ICT sebagai satu alat dan kaedah pengajaran di peringkat sekolah sehinggalah pengajian tinggi.