​Anak Penyadap Kelapa: Suatu Autobiografi

RM80.00
9786294861817
1 item(s)
+

Anak Penyadap Kelapa: Suatu Autobiografi

Author: Abdul Latiff Mohamad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861817
Weight: 853gsm
Pages: 452pp
Year: 2024
Price: RM80

Buku autobiografi ini telah mencuba menukilkan latar belakang kehidupan bellau bermula dengan suasana kemiskinan di kampung tanpa bekalan air dan elektrik, mengenal keluarga beliau dan sejarah hidup beliau sebagai seorang anak penyadap kelapa dan pemandu bas yang serba kekurangan khususnya sejarah pendidikan rendah di kampung, menengah di bandar sehingga tertier di Universiti Malaya dan Universiti Reading, England. Kerjayanya di Universiti Kebangsaan Malaysia telah bermula sebagal pengajar hingga profesor kontrak (1974-2015) dalam bidang botani dan sebagai seorang penyelidik yang giat serta sebagai penerbit makalah dan buku sehingga kini amnya. 

Beliau ialah seorang pakar taksonomi Vitaceae Malesia, Dilleniaceae, Violaceae, Rhamnaceae, Lecythidaceae dan Rafflesia, Vatica, Madhuca Nalaysia. Beliau juga sangat giat dalam pertubuhan bukan kerajaan seperti WWF Malaysia, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Persatuan Biologi Gunaan Malaysia, Akademi Sains Malaysia, Yayasan Pulau Banding dan Yayasan Pulau Orang Utan termasuk kenangan pahit dan manis semasa bertugas sebagai guru sementara di Maktab Sultan Ismail dan penyelia kepada pelajar tahun kepujian hingga doktor falsafah termasuk pascadoktorat. Sebagai sumbangan kepada negara beliau telah membantu jabatan kerajaan, kerajaan negeri dan Akademi Sains Malaysia dalam kegiatan ekspedisi saintifik ke seluruh negara, pemuliharaan alam sekitar dan kepelbagaian biologi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI