Analisis Strategik Dasar Pendidikan

RM52.00
978-983-100-744-0
2 item(s)
+

Analisis Strategik Dasar Pendidikan

Author: Abdul Rahman Idris, Hussein Haji Ahmad Sufean Hussin, Simin Ghavifekr, Mohammed Sani Ibrahim

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-744-0

Year: 2014

Weight: 0.200kg

Price: RM52

Pendidikan berkualiti adalah wahana yang paling berkesan bagi mempengaruhi pembangunan diri individu serta menyediakan pelbagai peluang bagi mencorakkan kehidupan masa depan. Oleh itu pelbagai dasar digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memenuhi keperluan tuntutan-tuntutan baharu demi memperkasakan kualiti pendidikan negara. Buku Analisis Strategik Dasar Pendidikan bertujuan untuk mengemukakan pandangan berasaskan hasil kajian tentang analisis dasar yang merupakan satu disiplin penyelesaian masalah yang dibina atas teori, kaedah dan hasil kajian substantif dalam bidang pendidikan. Analisis dasar juga dijalankan untuk menentukan alternatif dasar yang manakah dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan mengambil kira hubungan antara dasar dengan matlamat. Para penganalisis menggunakan kaedah kuantitatif, kualitatif dan gabungan kedua-dua kaedah tersebut dalam menganalisis sesuatu dasar. Buku ini menyajikan enam Bab tentang Analisis Strategik Dasar Pendidikan. Enam dasar yang dibincangkan di dalam buku ini ialah hasil-hasil dapatan mengenai pencapaian dasar-dasar pendidikan Malaysia sejak 1960 hingga 2010, menganalisis dasar-dasar strategik yang terkandung dalam Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007-2020, Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Dasar Perluasan Pra-Sekolah, Dasar Sekolah Bestari, Dasar dan Perubahan dan Dasar Kerja Rumah untuk amalan di sekolah-sekolah di Malaysia. Buku ini diharap dapat dijadikan panduan kepada para pendidik untuk menghadapi cabaran dan kekangan penyelesaian masalah pelaksanaan dasar pendidikan dalam era globalisasi bagi pembangunan modal insan berkualiti. Hasil analisis yang dibentangkan dalam buku ini pastinya memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berautoriti, perancang, penggubal dan pembuat keputusan, para eksekutif, guru, pelajar dan sekolah di seluruh negara.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI