Analisis Wacana
Author: Idris Aman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679429091
Weight:
Year: 2020 (Cetakan ke-4), 2010 (cetakan ke-1)
Page: 158 pp
Price: RM25
Analisis wacana adalah salah satu cabang ilmu yang terangkum dalam disiplin linguistik. Analisis Wacana juga member pendedahan awal berkaitan wacana tertentu yang merangkumi penjelasan konsep dan dipermudahkan pemahamannya dengan mengemukakan beberapa contoh analisis. Sejajar dengan perkembangan ilmu analisis wacana kini, buku ini juga bukan sahaja bergerak untuk matlamat deskriptif, malah untuk matlamat kritis. Sembilan bab pertama berkisar pada matlamat deskriptif, manakala bab akhir adalah tentang matlamat kritis.
Penekanan lebih kepada deskriptif kerana bahagian ini adalah topik-topik asas dalam analisis wacana yang perlu dikuasai. Matlamat deskriptif meliputi analisis dimensi tekstual dan dimensi kewacanaan, manakala matlamat kritis memfokus kepada pemanfaatan analisis wacana untuk memahami dimensi lain di luar wacana, khususnya dalam masyarakat, seperti proses dan praktis sosial. Namun begitu, pada penghujung buku ini turut dimuatkan soalan perbincangan dan analisis bagi member kefahaman lebih kepada para pembaca, malah ada antara soalan berkenaan boleh mencetus kajian lanjut.konsep atau istilah tertentu turut diberikan dalam bahasa Inggeris supaya pemcaba boleh mengetahui konsep berkenaan dan boleh merujuk lanjut buku dalam bahasa tersebut.