Ancaman Penipuan Siber
Author: Masnizah Mohd, Sharifah Raziah Syed Mohd Aris & Rossilawati Sulaiman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518396
Weight: 0.216 kg
Pages: 136pp
Year: 2022
Price: RM35
Teknologi komunikasi digital yang berkembang pesat turut disertai dengan risiko ancaman seperti jenayah telekomunikasi. Aktiviti jenayah telekomunikasi telah menjadi satu tren penipuan siber terkini dikalangan penjenayah berikutan kejayaan menipu ramai pengguna talian telekomunikasi. Kerentanan teknologi komunikasi digital menyebabkan insiden penipuan siber semakin meningkat setiap tahun. Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak yang terlibat demi membenteras jenayah ini namun masih ramai yang terpedaya dengan sindiket penipuan siber jenayah telekomunikasi. Jelas, tren penggunaan telefon mudah alih mendahului lain-lain peralatan untuk mengakses maklumat serta berkomunikasi merupakan faktor utama jenayah telekomunikasi ini terkehadapan. Komuniti siber harus cakna akan risiko dan ancaman yang dihadapi sebagai pengguna talian telekomunikasi. Ini kerana ruang siber wajar menjadi wadah komunikasi dan perkongsian maklumat yang selamat serta bermanfaat kepada warganya. Kekuatan dan keunikan buku ini ialah ia berkait rapat dengan isu semasa dan senario masyarat terkini. Buku ini memperkenalkan tren terkini penipuan siber yang berorientasikan manusia sebagai satu titik lemah dalam teknologi komunikasi digital. Malah penggunaan telefon mudah alih dan keberadaaan warga yang tinggi di ruang siber menyumbang kepada peningkatan insiden penipuan siber. Kami berharap buku ini dapat dimanfaat dan meningkatkan kesedaran terhadap ancaman penipuan siber kepada semua golongan.