Anekdot Jalanan
Author: Zainal Rashid Ahmad
Publisher:
ISBN:
Weight:
Pages:
Year: 2023
Price: RM49
PENJUAL PISANG, PELACUR & PASAR BUDAYA
Pada 2005 -- Ina seorang penagih dadah disahkan doktor berada pada tahap kritikal; jangkitan kuman HIV memusnahkan 70% fungsi paru-parunya.Menyedari hayatnya di hujung usia -- Ina yang murtad ingin mencari jalan pulang untuk bersyahadah.
BERMULA CERITA
Dunia Ina antara lampu samar di Belakang Mati. Pada dekad 80an -- Lorong Haji Taib menjadi ibu bagi segala kegelapan KL. Ina tercampak ke dunia Belakang Mati ketika berusia 11 tahun dan menjadi gadis penjual ubat perangsang seks. Tidak mudah bagi gadis sunti hidup mencari makan ditengah kegilaan manusia terhadap seks.
Akhirnya, dalam dunia gelap Belakang Mati -- Ina menjadi mangsa rogol.
Setelah dirogol -- Ina dijadikan pelacur oleh teman lelakinya pada usia 16 tahun. Disahkan HIV dan abaikan -- Ina hilang pedoman.
Strim menjejak semula lokasi Ina ada di Youtube ZRA Strim.
ANEKDOT JALANAN
Saya tiba di KL pada Mei 1984 -- dan bekerja di gerai pisang dalam Pasar Chow Kit. Panjang kisahnya 4 dekad di KL. Kenangan pengembaraan di ibukota -- mula saya catatkan di Facebook pada Mac 2020. Semuanya catatan ringkas. Tanpa akaun FB peribadi -- saya menulis di page strim. Agak kerap; antara sela masa yang lapang. Sejak 2018 -- saya lebih cenderung menulis artikel isu semasa di portal establish; antaranya The Malaysian Insight dan Awani Online. Di Facebook suasana lebih intrigue; saya fokus pada kisah-kisah jalanan. Buku Anekdot Jalanan sangat berbaur; isinya antara pengalaman di jalanan pada dekad hippie 80an; juga pengaruh kerjaya selama 26 tahun sebagai wartawan. (1994 hingga 2019)
Saya catatkan juga pengalaman strim di jalanan sepanjang April hingga Ogos 2023.