Antologi Rencana Masa Bukan Sekadar Emas
Author: Mohd Yatim Dolir, Habibah Ismail, Siti Suriani Othman
Publisher: USIM Press
ISBN: 9786297534251
Page: 177 m/s
Year: 2023
Price: RM50
Kita sering mendengar perumpamaan masa ibarat emas dan masa ibarat pedang. Kepentingan masa dalarn kehidupan seharian setiap dari kita memang tidak dapat dinafikan lagi.
Biarpun kepentingan masa telah ditanam dalam diri sejak dari kecil, masih ramai yang culas serta masih belum mampu mengawal dan menguruskan masa dengan sebaik-baiknya. Di mana silapnya keadaan ini?
Maka, rencana dalam buku ini mengupas tentang hakikat masa dan kehidupan seharian kita. Di samping peringatan tentang hakikat masa seperti yang dinukilkan dalam al-Quran dan hadis, karya-karya dalam buku ini turut menyelitkan tip menguruskan masa dengan lebih baik, serta kupasan lebih kritikal yang melihat dari perspektif psikologi dan sains.
Melalui projek buku antologi rencana ini, karya-karya daripada para penulis rencana dari seluruh negara dikumpulkan, dengan latar belakang pengkarya terdiri daripada pensyarah, ilmuan, pelajar, serta ahli masyarakat pelbagai peringkat umur.
Melalui karya-karya ini, ilham dan perspektif menarik tentang masa dan kepentingannya disusun menjadi satu koleksi istimewa yang sesuai untuk ditatap oleh setiap lapisan masyarakat.