Antropologi Forensik dan Pengecaman Manusia daripada Kerangka Tulang

Contact us for a price
978-967-251-511-1
3 item(s)

Antropologi Forensik dan Pengecaman Manusia daripada Kerangka Tulang

Author: Faridah Mohd Nor
Publisher: UKM Press
ISBN: 978-967-251-511-1
Weight: 
Pages: 127
Year: 2022
Price: RM20

Pelbagai penemuan penyelidikan telah dijalankan mengenai kepentingan pengecaman bagi individu di Malaysia khasnya bagi pegawai penyiasat dan perundangan negara. Ia melibatkan pencarian selama lebih daripada 15 tahun yang merangkumi jaringan penyelidikan dalaman dan luaran. Manuskrip ini telah dibahagikan kepada pengenalan forensik, penemuan pada tulang manusia dan haiwan, tengkorak manusia, tulang rahang serta tulang panjang lengan dan kaki dalam menentukan ketinggian, jantina, etnik dan umur manusia, yang mana aspek ini mengambil kira unsur-unsur biologi tulang. Penemuan penting ini bukan sahaja dapat membantu pegawai penyiasat bagi penyiasatan kes seperti kes bunuh, bunuh diri, kemalangan dan sebagainya, malah dapat mempercepatkan proses pengecaman mangsa terutama dalam kes bencana alam. Ini adalah bagi melancarkan tatacara penyerahan jenazah kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian, tuntutan insuran, pembahagian harta dan sebagainya. Pelbagai aspek perundangan telah dapat diselesaikan dengan hasil penemuan yang dijalankan bagi membolehkan pengecaman individu pada kerangka tulang dilaksanakan dengan berkesan. Saya berharap manuskrip ini akan menjadi pencetus kepada lebih banyak penyelidikan agar bidang forensik dapat berkembang dengan lebih pesat dan terkehadapan dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang lagi gemilang pada nusa dan bangsa yang dicintai sejajar dengan kemajuan teknologi antarabangsa.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI