Aplikasi Muamalah dalam Institusi Kewangan Islam
Editor: Ahmad
Dahlan Salleh, Amir Fazlim Jusoh@Yusoff & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
Publisher: UKM
Press
ISBN: 9789674125950
Year: 2018
Pages: 114pp
Price: RM30.00
Buku Aplikasi Muamalah dalam Institusi Kewangan Islam ini memuatkan sebanyak lima bab berhubung kepelbagaian dimensi penerokaan kepada Institusi Kewangan Islam. Kesemua bab dalam buku ini adalah berteraskan kepada aspek penyelidikan dan juga pemerolehan geran penyelidikan oleh warga akademik Pusat Fiqh Kotemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam di UKM. Kandungan buku ini mengupas tentang isu semasa muamalat dalam institusi kewangan Islam. Tajuk bab tersebut ialah Pengawasan Syariah dalam Perbankan Islam: iaitu satu strategi pengukuhan, Ketidakpatuhan Pelaksanaan Instrumen Bay’ al-‘Inah Berdasarkan Mazhab Syafie dalam Pembiayaan Peribadi di Malaysia, Tahap Kepatuhan Syariah Produk Pembiyaan Kenderaan berasaskan Ijarah di Malaysia: Analisis Isu pemilikan, Prinsip Maqasid Al-Syar’iyyah dalam Transformasi Pengurusan dan Undang-undang Zakat di Malaysia dan Penggunaan emas sebagai Nilai simpanan dalam kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Analisis Pihak Penawaran Mengikut Nilai Masa Mata Wang. Penerbitan ini merupakan wahana bagi memertabatkan hasil kajian penyelidikan yang berpaksikan Pematuhan Syariah di persada antarabangsa sekaligus berperanan sebagai pemankin untuk menyemarakkan dan memeriahkan penyelidikan Islam bagi mendepani isu muamalat semasa umat Islam dan manusia sejagat.