Aplikasi Sadd Al-Dhara'i' dalam Pengawalan Akidah di Malaysia
Author: Wan Zulkifli Wan Hassan
Publisher: Penerbit UKM
ISBN:978-967-412-219-5
Pages: 104 pp
Year: 2014
Weight: 0.1kg
Price: RM25.00
Sebahagian masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini sering terdedah kepada ancaman dan gejala pencemaran akidah dan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Sedangkan kekuatan akidah menjadi teras utama kepada kehidupan mereka dan menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Krisis akidah seumpama ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dalam kalangan masyarakat Islam sehingga mengamalkan elemen-elemen yang boleh menyesatkan dan melanggar batas-batas akidah. Syarak telah mengetengahkan suatu pendekatan yang baik dalam membendung krisis ini. Doktrin Sadd al-Dhara’i’ merupakan salah satu pendekatan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan manusia termasuk yang melibatkan kesucian akidah. Buku ini telah membuktikan bahawa doktrin Sadd al-Dhara’i’ sesuai diaplikasikan dalam usaha membendung gejala-gejala yang boleh menyesatkan dengan merujuk kepada beberapa bentuk pemakaian Sadd al-Dhara’i’ di dalam al-Qur’an, hadis Rasulullah, athar alsahabah dan tabi’in. Pada masa kini, pengaplikasiannya diperluaskan terutama oleh pihak yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Malaysia dalam usaha pengawalan akidah.