Aplikasi Teori Perkembangan Kerjaya

RM30.00
9789674401078
5 item(s)
+

Aplikasi Teori Perkembangan Kerjaya

Author: Sapora Sipon
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674401078
Weight: 0.4kg
Pages: 207pp
Year: 2021
Price: RM30

Buku ini membincangkan teori-teori yang terdapat dalam perkembangan kerjaya seperti Teori Tret dan Faktor, Teori Personaliti dan Persekitaran Holland, Teori Super serta Teori Ginzberg. Berdasarkan teori kerjaya yang dibincangkan dalam buku ini, pembaca dapat mengaplikasikan teori perkembangan kerjaya dalam sesi kaunseling. Selain itu, beberapa iventori kerjaya turut dimuatkan dalam buku ini bagi memudahkan pembaca mengetahui minat dan sikap terhadap sesuatu kerjaya. Kronologi perkembangan kerjaya juga disusun mengikut tempoh tertentu bagi memudahkan pembaca memahaminya. Buku ini amat sesuai dimiliki oleh pelajar yang mengikuti bidang kaunseling selain masyarakat umum yang ingin mengetahui mengenai perkembangan kerjaya.

PROFESOR MADYA DATIN DR SAPORA SIPON amat dikenali dalam bidang Psikologi dan Kaunseling. Beliau telah menerbitkan hampir 40 buah buku dan 150 artikel ilmiah dalam bidang Psikologi dan Kaunseling. Banyak buku beliau yang telah dijadikan teks rujukan di institusi pendidikan seperti buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi dan Kaunseling Kelompok yang telah ditambah baik dan dicetak berulang kali. Kini, beliau merupakan Timbalan Dekan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM dan aktif sebagai ahli Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA).


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI