‘Aqīdah Ahli
al-Sunnah wa al-Jamā‘ah
Author: Imām
Abū al-Ḥasan al-Ash‘arī
Translator: Mohammad
Syafiq Ismail
Publisher: ABIM
Press
ISBN: 9789672158240
Year: 2018
Pages: 52 pp
Price: RM25
Tauhid ialah menegakkan makna pengesaan Allāh yang Maha
Tunggal dalam diri manusia, dan mengembalikan kesedaran mereka kepada wujudnya
Allāh, dan benarnya agama yang dibawa baginda ini. Tauhid inilah yang menjadi
lambang perjuangan para nabi sebelum baginda, dan akan terus menjadi perjuangan
umat Islam yang ikhlas, ke akhir waktu.
Perjuangan ulama yang diwarisi daripada Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam ini, berterusan ke akhir waktu. Mereka merumuskan daripada dua cahaya wahyu – al-Qur’ān dan Sunnah – akan sebuah cabang ilmu yang memfokuskan kepada Sharī‘at Ilmī, yaknilah Ilmu Akidah, atau Ilmu Tauhid, atau Ilmu Kalam (menurut sesetengah tradisi Ahli Sunnah). Terjemahan Kitab ‘Aqīdah Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah karangan Imām Abū al-Ḥasan al-Ash‘arī (w. 324H) ini, merupakan bahagian daripada mata rantai perjuangan itu.