Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh
Editor: Hashim Yaacob Abu Bakar Hamid Azizah Hamzah
Publisher:
UM Press
ISBN: 978-983-100-928-4
Year: 2018
Weight: 0.200 kg
Price: RM48
Penglibatan Arshad Ayub dalam pengurusan Pendidikan bermula
pada tahun 1965 apabila beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian
Profesional Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dua tahun kemudian, Kolej MARA
dinaikkan taraf kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan beliau sekali lagi
diminta menerajuinya sebagai Pengarah. Arshad telah berkhidmat dengan penuh
dedikasi di ITM sehingga tahun 1975. Di ITM, Arshad memperkenalkan
kursus-kursus profesional seperti Pengurusan Perniagaan, Sebaran Am dan Pengurusan
Hartanah. Selain itu, beliau turut memperkenalkan program berkembar dan penggunaan
bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran dan pengajaran. Bahasa Inggeris digunakan
sebagai bahasa pengantar di ITM sehingga ke hari ini. Kecemerlangan Arshad
terbukti apabila bilangan pelajar di ITM bertambah daripada 200 pelajar kepada
700 pelajar pada tahun 1975. Kini, ITM telah dinaikkan taraf sebagai Universiti
Teknologi MARA (UiTM) dan jumlah pelajarnya mencapai 160 000 orang dan dianggap
sebagai universiti terbesar di dunia.
Meskipun telah bersara selepas berkhidmat sebagai pegawai tinggi
kerajaan di pelbagai kementerian, Arshad Ayub masih lagi menyumbangkan khidmat dan
bakti dalam pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti
memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di Universiti Malaya.
Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan pendidikan, sosial
dan ekonomi orang Melayu, beliau telah dianugerahkan pelbagai pingat kebesaran,
termasuklah anugerah gelaran Tan Sri Dato’ Sri Utama Arshad Ayub.
Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim