​Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh

RM48.00
978-983-100-928-4
2 item(s)
+

Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh

Editor: Hashim Yaacob Abu Bakar Hamid Azizah Hamzah

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-928-4

Year: 2018

Weight: 0.200 kg

Price: RM48

Penglibatan Arshad Ayub dalam pengurusan Pendidikan bermula pada tahun 1965 apabila beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dua tahun kemudian, Kolej MARA dinaikkan taraf kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan beliau sekali lagi diminta menerajuinya sebagai Pengarah. Arshad telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di ITM sehingga tahun 1975. Di ITM, Arshad memperkenalkan kursus-kursus profesional seperti Pengurusan Perniagaan, Sebaran Am dan Pengurusan Hartanah. Selain itu, beliau turut memperkenalkan program berkembar dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran dan pengajaran. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di ITM sehingga ke hari ini. Kecemerlangan Arshad terbukti apabila bilangan pelajar di ITM bertambah daripada 200 pelajar kepada 700 pelajar pada tahun 1975. Kini, ITM telah dinaikkan taraf sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan jumlah pelajarnya mencapai 160 000 orang dan dianggap sebagai universiti terbesar di dunia.

Meskipun telah bersara selepas berkhidmat sebagai pegawai tinggi kerajaan di pelbagai kementerian, Arshad Ayub masih lagi menyumbangkan khidmat dan bakti dalam pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di Universiti Malaya. Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan pendidikan, sosial dan ekonomi orang Melayu, beliau telah dianugerahkan pelbagai pingat kebesaran, termasuklah anugerah gelaran Tan Sri Dato’ Sri Utama Arshad Ayub.

Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI