Arus Perdana Gender. Realiti Dan Retorik Dasar Awam Di Malaysia

RM25.00
9789672388593
2 item(s)
+

Arus Perdana Gender. Realiti Dan Retorik Dasar Awam Di Malaysia

Authors: Nur Surayyah Madhubala Abdullah
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672388593
Weight: gsm
Pages: 129pp
Year: 2021
Price: RM25

Kemajuan sesebuah negara perlu mempertimbangkan kepentingan semua pihak termasuk wanita. Isu pemerkasaan wanita pada masa kini sering diperkatakan. Malahan isu ini menjadi perhatian pada peringkat global. Kehidupan wanita secara umumnya yang masih dalam ruang lingkup patriaki menjadikan mereka terus didiskriminasi, terpinggir, terabai dan paling menyukarkan kehidupan mereka adalah penderaan yang terus berlaku biarpun dalam negara moden.

Perjuangan feminis yang berterusan akhirnya mencetuskan dasar antarabangsa dalam menjamin kehidupan wanita agar lebih sejahtera. Oleh itu, arus perdana gender atau kata asalnya Gender Mainstreaming, telah diperkenalkan pada peringkat antarabagsa sebagai strategi untuk mencapai kesaksamaan gender. Pemerkasaan wanita secara terancang juga dapat dicapai melalui pelaksanaan arus perdana gender. 

Proses arus perdana gender yang berlaku bagi setiap negara berdasarkan kefahaman masing-masing dan berterusan hingga kini. Namun, pengalaman setiap negara yang terlibat menunjukan arus perdana gender merupakan satu langkah yang sukar untuk dilaksanakan. Selain itu, banyak negara yang masih belum bersedia mengubah sistem patriaki yang telah wujud berabad lamanya. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi memberi kefahaman tentang maksud arus perdana gender atau gender mainstreaming dan apakah langkah yang dilakukan oleh negara-negara yang terlibat termasuk Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI