Aspirasi PKPIM: Sejarah dan Pendekatan Tajdid Gerakan Pelajar Islam Malaysia

RM20.00
9789672998181
7 item(s)
+

Aspirasi PKPIM: Sejarah dan Pendekatan Tajdid Gerakan Pelajar Islam Malaysia

Author: Muhammad Razak Idris
Publisher: PKPIM
ISBN: 9789672998181
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM20

Buku ini memberi panduan asas penglibatan para pelajar dan mahasiswa dalam gerakan pelajar Islam agar penyertaan mereka selari dengan landasan dan kerangka besar perjuangan tajdid dan islah iaitu membina semula kegemilangan tamadun ummah pada masa mendatang. Selaku generasi muda, aktivis pelajar Islam merupakan tulang belakang terhadap cita-cita pembinaan semula tamadun ummah. Oleh itu, cita-cita ini mesti sentiasa menjadi pedoman dalam setiap aspek perencanaan dan perancangan kegiatan mereka sama ada berbentuk kependidikan, khidmat sosial dan kebudayaan. Idealisme membina kembali tamadun sebagai Khayra Ummah atau Umat Terbaik hendak sentiasa menjadi tasawwur berfikir dan beraktiviti bagi seluruh warga pergerakan pelajar Islam demi memastikan penglibatan mereka bererti dan mendapat rahmat dan keberkatan Ilahi.

Dr. Muhammad Razak Idris berasal dari Wakaf Bharu. Kelantan. Beliau kini ahli akademik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menjawat Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada sesi 2009-2011 dan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada 1998-1999. Kini, beliau aktif dalam Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI