Asy-Syahid Hasan Al-Banna Peribadi Qurani
Author: Robert Jackson
Publisher: Dewan Pustaka Darussofiah
ISBN: 9786299873228
Page: 149 m/s
Year: 2025
Price: RM35
Pada suatu hari asy-Syaikh Abdullah al-Khatib mengungkit kembali sari budi al-Banna dengan katanya: "Sebenarnya para pendukung dakwah yang jujur, terjelma sifat-sifat mereka pada hadith Rasulullah saw: "Sesungguhnya semulia-mulia wali-Ku disisi-Ku ialah seorang Mukmin yang ringan sikap, menjaga solat, berihsan dalam beribadah kepada Tuhan-Nya, mentaati-Nya secara berahsia, terlindung di kalangan orang ramai, tidak dikenali, rezkinya kadar mencukupi namun beliau bersabar dengannya, kemudian Baginda saw memetik jarinya dan berkata: Segera mati, sedikit peninggalan dan sedikit para peratapnya". Kemudian asy-Syaikh Abdullah al-Khatib mengulas hadith di atas dengan katanya: Beginilah Imam Hasan al-Banna ra".
... di lorong jalan yang sempit di tengah kota Kaherah, di pasar Rom, di kedai senjata, di selekoh Nafi, di pasar asy-Syamasyraji ... lelaki ini memulakan kerjanya, beberapa orang pemuda mula berhimpun di sekelilingnya. Hasan al-Banna merupa-kan seorang pendakwah pertama di rantau Timur mengemukakan kepada masyarakat ramai satu program praktikal yang lengkap yang belum pernah dibuat oleh sesiapa pun sebelum ini, pun tidak dilakukan oleh Jamaludin al-Afghani atau Muhammad 'Abduh, juga tidak dilakukan oleh mana-mana pimpinan parti politik dan pertubuhan pertubuhan yang glamor nama mereka selepas perang dunia pertama.