​Bagaimana Mensyukuri Allah

RM20.00
9789671863572
1 item(s)
+

Bagaimana Mensyukuri Allah

Author: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Publisher: Rabbani Books & Media
ISBN: 9789671863572
Weight: 0.13kg
Pages: 106pp
Year: 2024
Price: RM20

Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti dikenali sebagai seorang ulama yang memiliki pengetahuan mendalam dan pemahaman yang luas terhadap al-Quran dan Sunnah. Melalui penyampaian yang penuh hikmah, beliau membawa kita menelusuri keindahan dan kedalaman ajaran Islam, kali ini khususnya dalam hal mensyukuri nikmat Allah SWT.

Syukur bukan sekadar lafaz yang diungkapkan di bibir semata-mata. Malah, syukur dalam erti kata yang sebenar menuntut kita mengenali hakikat diri sebagai seorang hamba yang menerima segala limpahan nikmat daripada Tuhan. Pengetahuan ini akan membibitkan rasa cinta dan kasih kepada Pemberi Nikmat tersebut, yang seterusnya akan diungkapkan melalui lidah dan terpancar ke seluruh anggota badan sebagai suatu ekspresi syukur yang sebenar.

Dalam buku ini, Syeikh membawa kita menelusuri beberapa ayat al- Quran yang sangat menggugah hati dan perasaan; bagaimana Allah dengan penuh halus dan berhikmah menyedarkan manusia akan hakikat limpahan segala nikmat yang dikurniakan kepada mereka, dan bagaimana mereka seharusnya berterima kasih kepada-Nya, bukan untuk kepentingan-Nya, malah segala faedah berbalik kepada diri manusia itu sendiri.


Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI