Bahagia Bukan Gembira
Author: Anfaal Saari
Publisher: Deen Prints
ISBN: 9789671260258
Year: 2016
Adakah orang yang punya banyak masa lapang lebih bahagia daripada orang yang sibuk? Adakah orang yang lagi pandai lebih bahagia daripada orang yang kurang pandai? Adakah orang yang punya ramai isteri lebih bahagia daripada orang yang punya satu isteri? Adakah orang yang punya ramai anak lebih bahagia daripada orang yang punya seorang anak?
Atau...sebaliknya?
Menerusi BAHAGIA BUKAN GEMBIRA, Anfaal Saari mengertikan BAHAGIA melalui kenang-kenangan hidupnya yang terkandung pahit manis dan suka duka di sepanjang kehidupan. Bahagia bukan cuma bergantung pada apa yang kita punya, namun dengan kompilasi ini, terbukti bahawa ada BAHAGIA yang jauh tersembunyi dan ia sering kali ada pada saat kita memberi dengan sebanyak-banyaknya!