Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam : Analisis Keperluan Dan Pembinaan Kurikulum Asas

RM48.00
9789670001623
2 item(s)
+

Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam : Analisis Keperluan Dan Pembinaan Kurikulum Asas

Author: Mohammad Najib Jaafar, Nurkhamimi Zainuddin, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Mohammad Imran Ahmad.
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789670001623
Page: 112 m/s
Year: 2022
Price: RM48

Buku ini mempunyai lima bab yang membincangkan tentang analisis keperluan dan pembinaan kurikulum asas bahasa Arab untuk pelancongan Islam.

Ia mencakupi tajuk-tajuk seperti pengenalan yang mengupas objektif dan kepentingan buku ini diterbitkan.

Menariknya, buku ini juga menghuraikan tentang bahasa Arab untuk tujuan khusus dan perbezaannya dengan bahasa Arab untuk tujuan am.

Apa yang istimewanya buku ini adalah penerangan tentang analisis keperluan bahasa Arab untuk pelancongan Islam berasaskan Model i-Tourism iaitu kekurangan (lacks), kehendak (wants) dan keperluan (necessities) selain memuatkan kurikulum asas Bahasa Arab untuk Pelancongan Islam mengikut pelbagai tema seperti Pelancongan Membeli-belah, Ekopelancongan, Pelancongan Rekreasi dan Pelancongan Kebudayaan dalam dwibahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa  Melayu.

Bagi penutur bukan jati, kurikulum ini memberikan kemudahan transliterasi untuk membaca tulisan istilah dan ayat komunikasi bagi setiap tema bagi memastikan pembaca mendapat manfaat optimum daripadanya.

Di samping itu, penerangan tentang panduan rukhsah ibadah kepada pembaca dan pelancong turut dimuatkan di dalam buku ini kerana melancong merupakan suatu ibadah.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI