Bahasa dan Identiti Masyrakat Tutur

RM45.00
9786294861114
2 item(s)
+

Bahasa dan Identiti Masyrakat Tutur

Editors : Maslida Yusof et.al 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861114
Weight: 0.38
Pages: 255 pp
Year: 2023
Price: RM45

Hubungan masyarakat dan bahasa adalah saling berkait. Melalui bahasa, masyarakat dapat menjalani kehidupan sosial mereka. Penggunaan dan pemahaman bahasa dan dialek oleh sekelompok individu akan membentuk masyarakat tutur atau juga dikenali sebagai masyarakat bahasa. Lokasi, umur, jantina dan status sosial sekumpulan penutur yang bertutur dalam bahasa dan ragam yang sama serta mempunyai penilaian yang sama terhadap norma-norma penggunaan bahasanya dapat membentuk suatu masyarakat tutur. Jelas bahawa aspek bahasa laitu ciri dan gaya pertuturan bahasa dapat menyerlahkan keunikan sesuatu bahasa atau dialek sehingga dapat membezakan sesuatu masyarakat tutur daripada masyarakat tutur yang lain. 

Buku Bahasa dan Identiti Masyarakat Tutur ditulis, berdasarkan hasil kajian sarjana linguistik Melayu yang mendedahkan ciri dan sifat yang unik yang ada dalam sesuatu dialek dan bahasa yang meliputi bunyl, sebutan, kosa kata dan variasi bahasa yang muncul dalam sesuatu kelompok atau komuniti tutur Ciri, sifat dan pola penggunaan tertentu yang istimewa, unik dan tersendiri ini menyerlahkan identiti kebahasaan masyarakat tutur tersebut. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahasa milik sesuatu bangsa dan sesuatu bangsa itu dapat dikenali melalui bahasanya. Justeru, bahasa merupakan identiti penting yang dipunyai oleh sesuatu bangsa itu. Identiti kebahasaan inilah yang dapat membezakan suatu bangsa dengan bangsa yang lain. 


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI