​Bahasa Melayu Moden Awal & Analisis Dua Kata Kopula

RM40.00
9789674123253
2 item(s)
+

Bahasa Melayu Moden Awal & Analisis Dua Kata Kopula

Author: Ismail Salleh

Publisher: UKM Press

ISBN : 9789674123253

Pages: 291

Weight :

Year: 2017

Price : RM 40

Buku ini memperkatakan perkembangan Bahasa Melayu (BM) dalam sejarah sosial bangsanya dari abad ke-12M hingga ke-17M. periodesasi yang disoroti Bahasa Melayu Kuno (BMK), Bahasa Melayu Zaman Peralihan (BMZP) sebagai latar sejarah yang ditempuhinya. Kemudian perbincangan utama ditonjolkan ialah periodesasi Bahasa Melayu Awal Moden (BMAM). Perbincangan BMAM ini termasuklah analisis data BM pada periodesasi berkenaan terhadap dua kata kopula dan kosa kata BM. Istilah kata kopula ialah dan adalah sering dipadankan oleh para penahu dengan istilah tatabahasa Belanda dan Inggeris, sedangkan BM tidak mempunyai kata kopula demikian. Yang lebih cocok dengan BM hal tersebut sebagai kata pemeri. Berhubung kosa kata BM pada zaman berkenaan dialek geografi yang wujud boleh difahami oleh pentutur dari kawasan yang lain di Kepulauan Melayu. Data bahasa diambil daripada surat-surat Melayu oleh Gallop dan Arps (1991) dan Gallop (1994) serta daripada naskhah kesusateraan Melayu tradisional, khasnya karya histografi sebagai rujuk silang seperti Hikayat Raja Pasai (1987) dan Hikayat Hang Tuah (1975). Sejarah yang ditempuhi BM seiringan dengan sejarah bahasa Inggeris di Eropah. Sekitar abad ke-6M. Kerajaan Sriwijaya dan kerajaan Melayu di Sumatera Selatan menerima pengaruh kepercayaan Hindu-Buddha dan aksara Sanskrit dari India. Tulisan ini dalam BM dikenali sebagai tulisan Palawa; pada waktu yang hampir sama, bumi Inggeris ditakluk oleh kerajaan Rom dan memperkenalkan agama Kristian dan aksara Latin untuk tulisan bahasa Inggeris. Namun begitu, menjelang abad ke-16M Great Britain muncul sebagai kuasa maritim dunia dan menjajah negeri asing, termasuk rantau ini dan bahasa Inggeris ikut tersebar luas. Persebaran Agama Islam serta aksara Arab atau tulisan Jawi menggantikan kepercayaan Hindu-Buddha dan tulisan Pelawa pada abad ke-12M. BM dan tulisan Jawi menjadi wahana penyebaran Islam. Pengaruh Hindu-Budha dalam kalangan penduduk rantau ini beransur-ansur lenyap dan digantikan dengan agama Islam. Tempuh masa antara abad ke-12 hingga abad ke-14M belaku perselisihan antara kepercayaan Hindu-Buddha penduduk peribumu Kepulauan Melayu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI