Balad (Kota Yang Mulia Dan Pendakian Yang Curam)

RM25.00
1 item(s)
+

Balad (Kota Yang Mulia Dan Pendakian Yang Curam)

Author: Mohd Daud Bakar
Publisher: Amanie Media
ISBN: 
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM25

Pemilihan antara jalan yang benar dan jalan yang salah adalah kritikal. Semua bentuk dan jalan kehidupan di atas muka bumi ini-sama ada yang benar ataupun yang sesat- memang sentiasa bergelut, susah, mencabar dan penuh perjuangan.

Allah SWT juga telah bersumpah dengan Kota Mekah kerana kemuliaan Nabi Muhammad SAW yang tinggal di Kota Mekah dan Nabi Ibrahim AS dan keturunan Nabi Ibrahim AS bagi menegaskan bahawa manusia semuanya diciptakan hidup dalam keadaan yang sentiasa bergelut. Fenomena ‘kabad’ adalah fitrah kejadian manusia. Apa penyelesaian kepada fenomena ‘kabad’ ini?

Ikuti kisah kehidupan Zulfakar dalam kehidupannya sebagai seorang pengarah produksi di sebuah syarikat TV, seorang suami dan ayah serta aktivis masyarakat. Setiap watak, perwatakan dan isu serta cabaran sepanjang novel ini cuba dicerminkan dengan suluhan kepada semua ayat dalam surah al-Balad sebaik dan sedaya mungkin.
“Jalan kebenaran tidak penting yang penting adalah kecekalan minda mendaki jalan kebenaran yang sentiasa curam”

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI