Balai Maqamat
Author: Mohd. Affandi Hassan
Publisher: ITBM
ISBN: 9789674305192
Weight:
Pages:
Year: 2014
Price: RM35
Balai Maqamat diilhamkan daripada maqamat terkenal karya Badiuzzaman al-Hamazani tetapi Balai Maqamat ini dipersembahkan oleh penulisnya dengan acuan yang tersendiri. Ia agak berbeza daripada genre sedia ada. Ceritanya terputus-putus, seperti tajuk perbualan yang tersusun, membicarakan segala persoalan masyarakat dalam bentuk kreatif.
Balai Maqamat membincangkan isu semasa dengan idea kritis, komentar langsung, dan terbina dalam struktur naratif fiktif. Unsur fiksyennya melibatkan watak , latar dan jalan ceritanya.
Terdapat empat bahagian yang disebut “balai” yang setiap satunya mengandungi cerita tersendiri dengan pelbagai kisah. Setiap kisah bercorak cerpen dan anekdot, tetapi membawa hujah bagi menegakkan satu-satu idea dan kritikan. Karya ini mengandungi pandangan kritis dan sinis terhadap situasi yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia, terutamanya dalam aspek pemikiran.