Bandar Pintar Ubiquitous (U-City): Konsep dan Pelaksanaan Pembangunan Bandar Masa Hadapan
Author: Jalaluddin Abdul Malek, Lim Seng Boon & Zurinah Tahir
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672517313
Weight: 0.272kg
Pages: 176
Year: 2022
Price: RM35
Buku ini telah menggariskan cabaran yang dihadapi oleh bandar pintar ubiquitous (U-City) berbanding dengan bandar bertemakan teknologi yang lain. Nilai teknologi ' ubiquitous seperti ubiq pengkomputeran, ubiq penjaringan, dan ubiq urbanisme adalah semakin penting dan perlu dikembangkan kepada pemahaman masyarakat umum. Demi niat sedemikian, buku ini membincangkan dengan teliti dari segi pembentukan konsep, hubung kait dengan epistemologi 41R, arah pembangunan mampan-mapan dan cadangan pelaksanaan U-City yang mungkin sesuai untuk pembangunan dan perancangan bandar di Malaysia. Tambahan lagi dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia Ke-11 dan ke-12. Kerangka Bandar Pintar 2019, serta Dasar 41R Negara, pembangunan bertemakan teknologi ubiquitous telah digariskan sebagai langkah penting ke arah pembandaran pintar masa hadapan di Malaysia. Dengan pemahaman mendalam pembangunan ubiquitous yang dikupas dalam buku ini, masyarakat tempatan akan dapat membezakan naratif wacana Barat/Korea Selatan, justeru bergabung dengan ilmu lokal dalam membangunkan bandar pintar U-City yang sesuai dengan acuan masyarakat tempatan.