​Bangunan Bersejarah Kerosakan dan Penyetaan Kaedah Kerja Pemulihan

RM30.00
9789673630394
10 item(s)
+

angunan Bersejarah Kerosakan dan Penyetaan Kaedah Kerja Pemulihan

Author: Kamarul Syahril Kamal & Lilawati Ab Wahab
Publisher: UiTM Press
ISBN: 9789673630394
Weight: 0.32 kg
Pages: 227
Year: 2014
Price: RM30

Buku ini ditulis bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang jenis-jenis kerosakan yang sering berlaku pada bangunan bersejarah di Malaysia secara Spesifik. Selain itu penulis menerangkan secara teknikal tentang pendekatan bagaimana untuk merawat kerosakan bangunan dan seterusnya memulihara bangunan bersejarah. Kandungan dalam buku ini tetelah disusn dengan teliti bagi memudahkan para pembaca memahami apa itu bangunan bersejarah, klasifikasi bangunan bersejarah, kaedah pemeriksaan kerosakan pada bangunan bersejarah, punca dana gen kerosakan serta jenis-jenis kerosakan yang sering berlaku keatas kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia.  Selain itu, buku ini juga menerangkan secara terperinci tentang pernyataan kaedah bagaimana untuk memulihara bangunan bersejarah dengan menggunakan teknik dan kaedah pemuliharaan yang betul dan terbukti berkesan. Penyataan kaedah pemuliharaan yang betul amatlah penting dan perlu dijadikan sebagai rujukan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah kerana sekiranya kaedah pemuliharaan itu dilakukan dengan cara yang salah, maka dikhuatiri bukan sahaja kerosakan bangunan itu tidak dapat dibaiki malah turut akan menjejaskan keaslian reka bentuk, seni bina dan bahan binaan serta nilai sejarah yang terdapat pada bangunan bersejarah berkenaan.  Adalah diharapkan agar penerbitan buku ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang berkecimpung dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah serta dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan utama kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam usaha untuk membina ilmu pengetahuan dalam bidang pemuliharaan bangunan bersejarah yang tidak terbatas ini.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI