Batu Uban, Tanjong dan Bagan: Pengkisahan Lisan
Author: Ahmad Murad Merican
Publisher: USM Press
ISBN: 978-967-461-416-4
Pages:
Year:
Weight:
Price: RM25
Cerita tentang masyarakat Melayu Pulau Pinang telah sekian lama terpinggir dan lenyap daripada ingatan umum. Justeru, pengalaman dan perihal kehidupan 'Orang Tanjong' serta kawasan persekitaran sama ada di pulau atau seberang perlu diceritakan dan diterbitkan sebagai khazanah ilmu generasi masa hadapan. Dengan itu, buku ini memuatkan naratif masyarakat Melayu Pulau Pinang di bawah projek Syarahan CenPRIS-Dato’ Jenaton yang dimulakan pada bulan November 2016.
Kisah-kisah yang telah mengukir sejarah dan membentuk masyarakat ini disampaikan oleh individu jemputan sebagai sumber sejarah dan penceramah dari pelbagai latar belakang dan bidang untuk bercerita, mentafsir, dan menggalakkan perbincangan sejarah dan warisan Melayu serta pertembungan Melayu-Islam dengan budaya dan etnisiti lain di dalam dan luar rantau kepulauan Melayu. Buku ini antara lain memuatkan kisah dan kehidupan di Tanjong, Air Itam, Batu Uban, Bagan dan Balik Pulau serta kepentingan salasilah dan keturunan, seperti keluarga keturunan dari kesultanan Brunei yang bermastautin di Pulau Pinang.