Bayi Pramatang: Keperluan Preemie Mom dan Penjagaan di Rumah
Author: Roshaya Zakaria, Rosnah Sutan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863507
Weight: kg
Pages: 147 m/s
Year: 2024
Price: RM31
Memiliki bayi pramatang merupakan igauan ibu bapa yang menantikan seorang cahaya mata untuk keceriaan sebuah keluarga. Igauan yang bersifat negatif telah mendorong kepada keperluan untuk memberi panduan penjagaan di rumah kepada ibu selepas bayi keluar hospital. Panduan penjagaan bayi pramatang semasa di rumah menjadi titik tolak kepada kesihatan serta perkembangan yang baik dalam kalangan bayi pramatang. Pemerhatian rapi oleh ibu bapa atau penjaga dapat memastikan kemandirian bayi. Maklumat penjagaan kesihatan bayi pramatang yang spesifik, tepat serta mudah diikuti sangat terbatas di Malaysia. Semakan yang dijalankan menunjukkan maklumat sedia ada adalah lebih cenderung kepada sosio budaya dan kemudahan kesihatan untuk negara Barat. Tujuan buku ini adalah untuk kegunaan ibu bapa dan penjaga kepada bayi pramatang khususnya. Buku ini boleh diterimapakai dan mampu meningkatkan persepsi kecekapan diri ibu seiring dengan peningkatan efikasi diri, serta bermanfaat sebagai panduan bagi penjagaan bayi pramatang di rumah.