Belajar Kimia Bersama Agen Pedagogi

RM35.00
9789674125318
2 item(s)
+

Belajar Kimia Bersama Agen Pedagogi

Author: Lee Tien Tien, Kamisah Osman
Publisher : UKM Press
ISBN:  9789674125318
Page: 200 m/s
Year: 2018
Price: RM35

Buku ini memperkenalkan agen pedagogi dengan menghuraikan ciri-ciri dan kepelbagaian agen pedagogi dalam modul multimedia interaktif. Keunikan dan kelebihan agen pedagogi ini diaplikasikan dalam modul multimedia interaktif untuk membantu pelajar dalam pembelajaran tajuk Elektrokima. Buku ini menerangkan tatacara pembinaan Modul Multimedia Interaktif dengan Agen Pedagogi (IMMPA) EC Lab secara terperinci.

Maka ia sesuai dirujuk oleh golongan pendidik yang berminat untuk mereka bentuk modul multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Penyampaian isi kandungan dalam IMMPA EC Lab yang mengikut model Konstruktivisme Lima Fasa Needham boleh dijadikan panduan kepada pendidik dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Aplikasi beberapa teori pembelajaran dan bagaimana mereka bentuk skrin untuk mengurangkan beban kognitif juga dihuraikan dengan jelas. Ini amat membantu pereka bentuk instruksi dan golongan pendidik dalam proses mereka bentuk modul multimedia. Selain daripada itu, miskonsepsi pelajar dalam tajuk Elektrokimia supaya pelajar tidak mengalami miskonsepsi yang sama. Buku ini diharapkan dapat sambutan dan perhatian daripada golongan pendidik dan pereka bentuk instruksi untuk mengembangkan dan memperbanyakkan modul multimedia interaktif yang berkualiti bagi kebaikan pelajar-pelajar.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI