Bercinta Sampai ke Syurga
Author: Hasrizal Abdul Jamil
Publisher : Jejak Tarbiah
ISBN: 9789672899259
Weight: 0.3 kg
Page: 324 m/s
Year: 2023
Price: RM39
Berbekalkan ikrar cinta yang tulus, dua jiwa yang bertaut dalam ikatan pernikahan kini melangkah ke gerbang pembinaan “negara” kecil, iaitu sebuah rumah tangga. Berkongsi hidup di dalam “negara” berasaskan cinta umpama syurga duniawi, kerana segala yang terbatas oleh agama kini dapat sama-sama dikecapi.
Namun, cinta semata tanpa kebijaksanaan dan tanggungjawab akan menyebabkan “negara” yang ditadbir bersama menuju ke arah keretakan serta perbalahan.
Dalam sambungan Aku Terima Nikahnya ini, penulis menitipkan secebis pesanan lagi kepada pembina “negara” ini. Segalanya demi mempertahankan erti Bercinta Sampai Ke Syurga.