Berdua (Masih) Lebih Baik: Bagaimana Menghidupkan Perhubungan Apabila Cinta Terasa Hambar

RM32.00
9789672459736
2 item(s)
+

Berdua (Masih) Lebih Baik: Bagaimana Menghidupkan Perhubungan Apabila Cinta Terasa Hambar 

Authors: Aiman Azlan, Dr Harlina Halizah Siraj
Publisher: Iman Publication
ISBN: 9789672459736
Weight: gsm
Pages: 210pp
Year: 2023
Price: RM32

"Kenapa kita dah tak macam dulu lagi?"
"Awak cuma ada secara fizikal, tapi emosi dan fikiran di tempat lain."

Orang cakap, makin lama berkahwin, kita makin kenal dan faham pasangan. Sepatutnya makin serasi.Tapi, kenapa ada hubungan yang terasa semakin hambar? Perbualan harian hanya sekitar perkara rutin. Ada waktunya, lebih banyak berselisih faham daripada bersefahaman.

Adakah perhubungan dikira gagal apabila perasaan cinta dan kasih memudar?

Hakikatnya, membangunkan sebuah rumah tangga adalah satu proses panjang yang tiada noktah akhir. Rasa gembira semata-mata bukanlah tujuan utama kehidupan, tetapi perkongsian makna itulah yang menggerakkan kedua-dua pasangan ke arah kehidupan yang membahagiakan.

Saling berhubung apabila berenggang.
Saling meluah apabila bercanggah.
Saling mempercayai apabila meragui.

Melalui buku ini, Aiman Azlan dan Dr. Harlina menghuraikan faktor perhubungan suami isteri bertukar hambar dan ada kalanya tegang, serta menggariskan tips dan panduan penting buat pasangan yang sedang berhadapan fasa mencabar ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI