Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya
Author: Shaharom TM Sulaiman
Publisher: ITBM
ISBN: 9789830688824
Pages: 106pp
Weight: 0.206kg
Year: 2015
Price: RM15
Buku yang hebat merupakan bahan bacaan yang mampu mempengaruhi manusia dan zamannya, benar-benar mengusik dan menyentuh jiwa, serta berupaya memaknakan hidup pembaca. Sejarah juga membuktikan buku mempunyai magis luar biasa yang mampu mengalirkan air mata manusia, mencetuskan keceriaan, menimbulkan kegembiraan, bahkan menggerakkan proses penentangan terhadap ketidakadilan
Biblioholisme: Menelurusi Pesona Dunia Buku dan Pencintanya mendedahkan kehebatan sebuah buku dan bagaimana ia mampu mengubah pencintanya menjadi orang yang hebat, berintelek dan dihargai masyarakat. Buku yang dibaca juga mampu menyelesaikan pelbagai masalah, malah banyak individu yang bermula sebagai orang biasa akhirnya menjadi manusia unggul dengan hanya membaca buku.
Buku ini juga membawa pembaca ke sebuah dunia yang penuh mistik dan estetik; dunia biblioholisme.