Bintang Malap di Bulan Gerhana
Author: Mahmood Zuhdi Ab Majid
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789670067193
Weight:
Pages: 264pg
Year: 2025
Price: RM45
Jika jilid-jilld terdahulu dahulu memperlihatkan sisi Mahmood Zuhdi sebagai seorang 'budak surau' sehingga pelajar universiti yang gigih menuntut ilmu termasuk di luar negeri, Bintang Malap Di Bulan Gerhana pula memperlihatkan kesedaran dan pengamatan beliau terhadap sejarah politik tanah air terutama politik İslam.
Mahmood Zuhdi mengimbau kembali fasa-fasa awal kemerdekaan semasa beliau membesar, persaingan politik yang tajam antara PAS dan UMNO di Kelantan, sejarah hitam 13 Mei, pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan dan penubuhan Barisan Nasional serta bagaimana akhirnya PAS tersingkir daripada Barisan Nasional.
Bahkan beliau sebenarnya bukan sekadar melihat dari jauh, tetapi turut 'bermain' dan 'bersilat' dalam gelanggang politik yang menjadi minat bahkan darah daging beliau sejak kecil lagi.
Mengikut perancangan, siri autobiografi Mencari Identiti sepatutnya mempunyai 7 jilid. Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah jilid ke-5 yang sempat penulis siapkan sebelum beliau meninggal dunia pada 17 Jun 2023.