​Biografi Affifudin Haji Omar 1 9 4 3 - 2 0 1 8

RM40.00
9786294911093
2 item(s)
+

Biografi Affifudin Haji Omar  1 9 4 3 - 2 0 1 8

Author: Rohani Haji Ab Ghani & Che Su Mustaffa
Publisher: UUM Press
ISBN: 9786294911093
Page: 150 m/s
Year: 2024
Price: RM40

Biografi yang mengandungi enam bab ini bermula dengan bab yang menggarapkan tentang migrasi orang Kampar dan Siak ke Tanah Melayu bagi memahami latar belakang keluarga tokoh yang dimuatkan dalam biografi ini. Leluhur kependekaran Dato Tabano diwarisi oleh Haji Omar tidak diperturunkan kepada anak-anaknya sebaliknya beliau secara pragmatik menekankan pendidikan moden kepada generasi ketiga Bangkinang. Dalam masa yang sama pendidikan agama yang diterapkan olehnya telah membentuk peribadi yang unggul dalam diri keturunannya. Siapakah Affifudin dari sudut pandang keluarga, rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan politik juga turut dimuatkan dalam buku ini. Jelas sekali tokoh ini disayangi dan dikenangi oleh mereka atas sifat empati, penyayang dan humor. 

Biografi ini juga memuatkan sinopsis dan analisis novel-novel yang ditulis oleh beliau. Hakikatnya, jalan cerita dalam novel tulisannya berkisar tentang peristiwa yang sebenarnya terjadi dalam dunia politik dan korporat yang cuba dikongsi dengan para pembaca. Menulis novel seolah-olah menjadi penghubung antara masa lalu dengan masa kini bagi jiwanya dalam mengumpul semula nostalgia bagi merealisasikan kebanggaan terhadap legasi lampau dan impian masa depan. 

Affifudin Omar atau lebih dikenali sebagai “Peh” oleh keluarga dan kenalan rapat memberikan sumbangan besar kepada negara dalam memajukan petani Melayu Istimewanya biografi ini ialah merupakan hasil kaedah penyelidikan yang mengaplikasi kaedah temubual dan analisis dokumen sebagai satu bukti sokongan yang memerihalkan tentang ketokohan beliau. Melalui penerbitan buku ini, sewajarnya riwayat hidup tokoh tempatan digarapkan dalam bentuk penulisan supaya boleh dihayati oleh generasi akan datang sebagai teladan dan panduan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI