Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara
Author: Rozeman
Abu HassanPublisher: UKM Press
ISBN: 9789679428490
Year: 2010
Weight: 0.150
Kg
Pages: 246
Pp
Price: RM35
Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup
istimewa dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia
lebih 40 tahun lamanya tetapi jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki
dikatakan telah mengalir secara berterusan kepada guru-guru di negara ini.
Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib
pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa
Melayu sendiri amat dikagumi. Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan
perjuangannya dalam pertubuhan GPMS malah nama beliau tidak boleh dipisahkan
dengan GPMS. Perjuangan beliau dianggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelopor dalam
membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat
murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada
pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu.
Bagi golongan pendidik, Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan
Pelajaran kerana cetusan idea beliau
yang telah menyumbang kepada lahirnya ‘Dasar Pelajaran Kebangsaan’ di
Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir, Aminuddin telah banyak
berjasa kepada bangsa dan Negara terutamanya bangsa Melayu. Tidak salah jikalau
beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan Negara’ bagi mengenang segala
sumbangan yang pernah dilakukan.
ROZEMAN ABU HASSAN, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial
Gunaan, Open University Malaysia. Beliau berpengalaman berkhidmat sebagai
seorang Guru Siswazah di Negeri Sembilan, Pegawai Peperiksaan di Majlis
Peperiksaan Malaysia, Pensyarah Sejarah dan Felo Penyelidikan di Universiti
Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.