Biografi Tokoh Dakwah Muhammad Rashid Rida: Pemikir dan Reformis Islam
Author: Norahida
Mohamed
Publisher: Dewan
Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834613969
Year: 2015
Weight: 0.200
kg
Pages: 216 pp
Price: RM30
Buku ini memberi fokus terhadap pemikiran salah seorang tokoh islah dunia Islam, iaitu Muhammad Rashid Rida. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam pengislahan ummah ketika di amabng kejatuhan Khalifah Islamiah dan selepas kejatuhannya. Ketidakstabilan pemerintah Islam berlaku apabila Daulah Uthmaniah yang selama ini bertindak sebagai pelindung umat Islam mula goyah dan secara rasminya runtuh pada tahun 1924. Pergolakan yang terjadi pada masa tersebut bukan semata-mata memberikan kesan terhadap politik umat Islam, malah turut menjejaskan ekonomi, pendidikan, dan akhlak mereka. Kebangkitan Barat yang menjajah dunia Islam satu per satu pula telah menjadikan krisis yang sedia ada bertambah parah. Dalam situasi beginilah Muhammad Rashid Rida bangkit mengemukakan idea islahnya. Beliau telah melalui satu perjalanan yang penuh dengan kesukaran dalam melaksanakan cita-citanya untuk membetulkan kepincangan yang berlaku ketika itu. Namun, segala kepayahan itu ditempuh jua demi mengembalikan kegemilangan peradaban Islam yang telah hilang. Walaupun usaha beliau kurang berjaya dari sudut lahirah, namun telah berjaya membangkitkan dan menyedarkan umat Islam tentang kelemahan dan realiti yang sedang mereka hadapi. Semoga buku ni dapat menjadi pencetus minda dna menyuburkan jiwa perjuangan.